Sistem e-Khairat Kematian dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengurusan khairat kematian secara atas talian. Individu yang berminat untuk menyertai program ini digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli bagi memastikan waris mereka mendapat bantuan kewangan segera sekiranya berlaku kematian.
Antara kelebihan menyertai sistem e-Khairat ialah:
Pendaftaran Mudah – Boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat.
Rekod Ahli Tersusun – Maklumat disimpan secara sistematik dan selamat.
Pemakluman Cepat – Waris boleh membuat tuntutan dengan segera melalui sistem.
Kemas Kini Maklumat – Ahli boleh menyemak atau mengemaskini maklumat diri dan waris pada bila-bila masa.