Menjadi pusat ibadah dan komuniti terbaik yang aktif menganjurkan program pengimarahan dan membentuk kesatuan ummah bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah.
Menyediakan kemudahan ibadah yang selesa dan kondusif untuk semua lapisan masyarakat.
Menganjurkan program pendidikan holistik merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi serta membantu melonjakkan ekonomi umat Islam.
Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama melalui aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.
Mengurus dan membangunkan kompleks masjid secara profesional dan berintegriti.
Memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat bermula seawal usia kanak-kanak sehingga warga emas sama ada muslim atau bukan Islam.
Meningkatkan kehadiran jemaah dalam solat berjemaah, majlis ilmu dan di setiap aktiviti masjid.
Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak melalui program pendidikan berimpak tinggi.
Mewujudkan suasana harmoni dan saling membantu dalam kalangan komuniti setempat.
Memastikan pengurusan masjid yang telus, efisien, dan berdaya saing.
Menjalinkan kerjasama strategik dengan organisasi luar sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.