7 Julai 2022

Pembinaan Selesai
Masjid ini siap dibina dan mula digunakan secara rasmi pada tanggal 7 Julai 2022 bersamaan 7 Zulhijjah 1443H.
2009 - 2022

Pembinaan Masjid
Kompleks ini akan merangkumi masjid satu tingkat, minaret, dewan solat utama, dewan serbaguna, bilik VIP, dewan kuliah, dewan mesyuarat, bilik pengurusan jenazah, dapur moden, kafe dan pejabat.
Julai 2009

Perancangan Pembinaan
Kompleks Masjid Sutera di Taman Sutera, Kajang, mula dirancang untuk dibina pada bulan Julai tahun 2009 dengan kos RM12.7 juta di atas tanah seluas 3.092 ekar. Dana pembinaan masjid ini adalah 100% dibiayai sepenuhnya dari infak dan sumbangan penderma yang datang dari seluruh pelusuk tanahair.