Sabtu 8 November 2025,
Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah SWT, selesai sudah Bengkel Edit Video CapCut – Desktop dengan jayanya. Seramai 20 orang peserta dari kariah Masjid Taman Sutera mengikuti bengkel tersebut di bawah tunjuk ajar Pn. TS. Fadhlina Ahmad, Pensyarah Kanan, Kolej Komuniti Hulu Langat. Syukur atas kelancaran perjalanan program ini dari awal hingga akhir. Semoga segala ilmu dan perkongsian menjadi manfaat serta menjadi value-added semua peserta.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Maslizah dan Pn. TS Fadhlina Ahmad , serta semua peserta dari peringkat umur. Anda semua memang terbaik!
In syaa Allah, semoga Masjid dapat berkolaborasi lagi dengan KKHL dan dipertemukan lagi dalam program-program akan datang seperti Canva, AI, Mobile Photography, Microsoft, Copilot, Gemini DLL.
Teruskan menyokong program-program masjid.
