Accessibility Tools

Majlis Meraikan Duyufurrahman 2025

Majlis Meraikan Duyufurrahman 1446 H / 2025

Oleh: Zabidi Mohammad

Majlis Meraikan Bakal Haji 1446 H / 2025 M

Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhuwah, program Meraikan Bakal Haji Masjid Taman Sutera 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2025. Majlis ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada bakal Dhuyufurrahman tahun ini yang merupakan ahli qaryah Masjid Taman Sutera, Kajang. Ia merupakan acara tahunan dalam takwim Majlis Taman Sutera. 

Program ini dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan bakal- bakal haji yang akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 yang akan berlepas mengikut jadual penerbangan masing-masing.
Progrm ini diteruskan dengan ucapan dan nasihat daripada Ustaz Hj Bahtiar Fitri bin Abdul Hamid, Nazir Masjid Taman Sutera. Pihak Masjid Taman Sutera telah mengagihkan saguhati kepada 25 orang bakal haji untuk tahun ini.Didoakan semoga Allah memelihara bakal- bakal haji qaryah Masjid Taman Sutera dan menganugerahkan mereka haji mabrur.. In Shaa Allah..


Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program Meraikan Bakal Haji Masjid Taman Sutera 2025.

 

Ikuti info-info semasa Masjid Taman Sutera, Kajang di saluran WhatsApp