Oleh: Mohd Shah Riza Basirun
Serumpun Sutera, Seindah Syawal: Sambutan Raya Paling Meriah di Masjid Taman Sutera
“Serumpun sutera, seindah Syawal” – begitulah indahnya tema sambutan Hari Raya tahun ini di Masjid Taman Sutera.
Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhuwah, Majlis Jamuan Raya Masjid Taman Sutera 2025 telah berlangsung dengan begitu meriah pada 20 April lalu. Dikenali dengan nama program “Serumpun Sutera, Seindah Syawal”, sambutan tahun ini mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran lebih 3,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.
#MeriahRayaMasjid: Ukhuwah, Juadah dan Kegembiraan
Sesuai dengan hashtag rasmi program, #MeriahRayaMasjid, suasana pagi Syawal itu benar-benar meriah. Sebanyak 18 ekor kambing golek dan lebih 7,000 cucuk sate habis licin dalam tempoh hanya 1.5 jam! Ia menjadi bukti bagaimana jamuan ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi ruang bertemunya hati-hati yang mahu bermaafan, berpelukan dan berkongsi kebahagiaan.
Berkat Kerjasama dan Komuniti Hebat
Kejayaan majlis ini bukan kerja satu pihak. Ia hasil gabungan tenaga antara team AJK Masjid Taman Sutera (MTS), persatuan penduduk, surau sekitar, serta sokongan ikhlas daripada para penaja dan penyumbang budiman. Setiap senyuman, tawa dan peluh yang mengalir – semuanya menjadikan majlis ini benar-benar bermakna.
Syawal Bukan Hanya Hari - Ia Perasaan
Kami di Masjid Taman Sutera Kajang percaya, majlis seperti ini bukan hanya tentang sambutan. Ia tentang menghimpunkan hati, menyemai kasih, dan merapatkan yang jauh. Semoga semangat Syawal ini kekal dalam setiap jiwa yang hadir.
Terima kasih kepada semua yang menyokong.
Teruskan bersama kami.
Ikuti info-info semasa Masjid Taman Sutera, Kajang di saluran WhatsApp