Jumaat, 31 Oktober 2025
Alhamdulillah, Masjid Taman Sutera telah selesai mengadakan Kuliah Maghrib Perdana bersama-sama dengan Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Ramai kariah yang hadir untuk mendapatkan ilmu, nasihat dan tarbiyah dari Mufti Selangor
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan (as-sakīnah), mereka akan diliputi oleh rahmat, dinaungi oleh para malaikat, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan (makhluk-Nya) yang ada di sisi-Nya."
Teruskan menyokong program-program Masjid Taman Sutera
