Masjid mengadakan program bacaan Yassin, doa Tahlil Arwah dan Surah Al Mulk (10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir) pada setiap hari malam Khamis, selepas sahaja selesai solat fardhu Maghrib dan berakhir sebelum bermula solat fardhu Isyak. Program akan diketuai oleh Imam yang bertugas.
Qariah-qariah yang ingin menyertai, boleh memberi nama-nama arwah dengan menggunakan Borang Tahlil yang masjid sediakan. Sumbangan infaq dan makanan adalah ikhlas dari peserta Tahlil.
Objektif utama ialah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli jemaah dan tambahan ibadah.