Accessibility Tools

🔍
IMSAK
05:46 AM
SUBUH
05:56 AM
SYURUK
07:04 AM
DHUHA
07:29 AM
ZOHOR
01:14 PM
ASAR
04:29 PM
MAGHRIB
07:20 PM
ISYAK
08:31 PM

Sutera Square (SS)

Objektif utama penubuhan Sutera Square (SS) di Masjid Taman Sutera adalah untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk memperolehi pendapatan tambahan melalui perniagaan, serta merangsang ekonomi kariah. Bazar ini menawarkan pilihan yang pelbagai kepada pengunjung dari dalam kariah mahupun dari luar.

Ini adalah kerajasama di antara Masjid Taman Sutera (MTS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Jabatan Perairan Selangor (JPS).

Meningkatkan Ekonomi Komuniti Kariah

Sutera Square (SS) memberi peluang kepada peniaga tempatan, terutamanya dalam kalangan ahli kariah, untuk menjalankan perniagaan berunsurkan makanan tradisional tempatan, moden, perniagaan kecil dan mikro, seterusnya membantu dan meningkatkan pendapatan mereka.

Menyediakan Platform Perniagaan yang Mudah Akses

Kedudukan Sutera Square (SS) yang strategik di tepi masjid, amatlah sesuai untuk ahli kariah memulakan perniagaan mereka tanpa memerlukan modal atau tempat yang besar. Dengan adanya tapak ini, mereka tidak perlu mencari lokasi perniagaan sendiri yang mungkin memerlukan kos yang tinggi.