Kariah-kariah yang ingin membayar Zakat Fitrah, boleh membayarnya melalui Amil Zakat yang telah dilantik ketika mereka membuka kaunter-kaunter di Masjid Taman Sutera.
Kadar Zakat yang perlu di bayar adalah bergantung kepada jenis beras yang dipilih untuk pengiraan. Kadar ini tertakluk kepada perubahan dan ketetapan dari Lembaga Zakat dari masa ke semasa.